Iringan Bayu perbandaran hijau di Negeri Sembilan

FASA terkini di Iringan Bayu, menampilkan rumah teres dua tingkat dengan keluasan 1,961 kaki persegi, dengan harga bermula dari RM518,220.

Oleh HENDRA WINARNO 17 Februari 2025, 7:21 am

PROJEK perumahan Iringan Bayu oleh OSK Property menampilkan konsep perbandaran hijau yang meliputi kawasan seluas 694.84 hektar, mencatatkan permintaan tinggi di pasaran dengan 70 peratus daripada 4,250 unit telah berpenghuni setakat 22 Januari 2025.

Projek perumahan ini mempunyai fasa yang dibangunkan dalam kawasan berpagar dan dilengkapi kawalan keselamatan yang memberi ketenangan kepada penduduk.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pembangunan Hartanah OSK Property, Ong Ghee Bin berkata, projek itu turut direka dengan konsep kehidupan lestari dan komuniti sihat.

“Antara kemudahan utama yang disediakan, termasuk Taman Wetland Iringan Bayuseluas 8.90 hektar, taman landskap, trek joging, pusat refleksologi, dek yoga,gimnasium terbuka, taman permainan kanak-kanak serta gelanggang serbaguna.

“Kemudahan ini bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup penghuni tetapi jugamenyokong gaya hidup sihat dan aktif dalam persekitaran yang lebih hijau,” katanyakepada Utusan Malaysia.

Jelasnya, Iringan Bayu sedang berkembang secara berperingkat, dengan fasa terbaruterdiri daripada Aleria (Fasa 16) dan Reveria (Fasa 15A dan 15B), sementara fasa-fasaterdahulu seperti Irumia, Ledaya, dan Seriya telah mendapat sambutan yangmenggalakkan.

“Fasa 12 dan 13 yang telah habis dijual terdiri daripada rumah teres satu tingkat,masing-masing dengan 239 unit seluas 20×65 kaki dan 1,000 kaki persegi denganharga bermula dari RM250,000 dan 241 unit (20 kaki x 70 kaki, 1,202 kaki persegi, hargadari RM400,000).

“Selain itu, Fasa 14, yang hanya berbaki dengan unit terhad, memperkenalkan rumahteres dua tingkat dengan 162 unit seluas 18 kaki x 65 kaki dan 1,657 kaki persegi denganharga bermula dari RM417,070.

“Sementara itu, Fasa 15A dan 15B menawarkan rumah dua tingkat dengan spesifikasiyang sama, iaitu 20×65 kaki dan 1,808 kaki persegi, tetapi berbeza dari segi harga, iaitubermula dari RM477,720 sebanyak 290 unit bagi Fasa 15A, manakala 137 unit bermuladari RM488,520 untuk Fasa 15B. Kedua-dua fasa baharu ini kini dibuka untuk jualan.

“Akhir sekali, Fasa 16, fasa terkini di Iringan Bayu, menampilkan rumah teres dua tingkatdengan keluasan lebih besar iaitu 20×70 kaki dan 1,961 kaki persegi, dengan hargabermula dari RM518,220 untuk 212 unit,” katanya.

Usaha OSK Property dalam membangunkan perbandaran hijau telah diiktiraf diperingkat industri, apabila Iringan Bayu merangkul Anugerah FIABCI Malaysia PropertyAwards 2024 dalam kategori Alam Sekitar bagi Taman Wetland Iringan Bayu.

Selain itu, projek ini adalah projek pertama di Negeri Sembilan yang dianugerahkanAnugerah Gangsa GreenRE, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen terhadapkelestarian, termasuk penggunaan tenaga solar untuk pencahayaan di taman danamalan pembangunan yang lebih mesra alam.

Dengan permintaan yang tinggi serta konsep pembangunan yang mengutamakankesejahteraan komuniti, Iringan Bayu dijangka terus berkembang sebagai salah satuperbandaran moden yang paling berdaya saing di Negeri Sembilan.-UTUSAN

Source: Utusan Malaysia