NARA at Shorea Park janjikan kehidupan inspirasi alam

OSK Property Holdings Berhad menawarkan pembangunan pangsapuri perkhidmatan, NARA at Shorea Park di Puchong, Selangor, fasa ketiga yang menjanjikan kehidupan berinspirasikan alam semula jadi kepada bakal pembeli.
Ketua Pegawai Eksekutif, Pembangunan Hartanah OSK Property, Ong Ghee Bin berkata, NARA at Shorea Park mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM353 juta.
Katanya, pembangunan itu bakal menawarkan 709 unit pangsapuri perkhidmatan di atas tanah seluas 1.75 hektar.

“Harga permulaannya adalah pada RM460,000 untuk unit pasaran terbuka dan harga tetap RM250,000 bagi unit Pangsapuri Perkhidmatan Mampu Milik (SAMM),” katanya kepada Utusan Malaysia.
Menurutnya, unit pasaran terbuka itu mempunyai saiz binaan dari 807 kaki persegi (dua bilik tidur) hingga 1,055 kaki persegi (empat bilik tidur), manakala SAMM mempunyai luas sebesar 560 kaki persegi (satu tambah satu bilik tidur).
“Semestinya projek perumahan ini juga sesuai bagi keluarga yang berskala kecil dan sederhana serta individu atau pasangan muda yang mencari rumah pertama mereka dalam julat harga yang mampu milik,” katanya.
Ghee Bin berkata, NARA at Shorea Park yang terletak di Puchong itu mempunyai lokasi strategik serta kemudahan yang mudah di akses.

“Pembangunan itu berdekatan dengan pusat membeli-belah, pasar raya, restoran, sekolah, hospital dan pusat rekreasi, serta dihubungkan dengan baik ke lebuh raya utama.
“Ia termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite),” ujarnya.
Tambahnya, NARA at Shorea Park turut mempromosikan gaya hidup berpusat dengan mewujudkan taman pusat seluas satu ekar.
“Ia berfungsi sebagai jantung komuniti kepada penghuni dengan menyediakan kemudahan yang luas untuk aktiviti senaman dan rekreasi di taman,” katanya.
“Orang ramai yang berminat boleh melajari maklumat lanjut di laman web kami, https://shoreapark.com.my/naraatshoreapark/,” katanya. -UTUSAN
Source: Utusan Malaysia