Orientasi inovatif gaya moden

ONG yakin BPJ Business Park mampu beri impak besar kepada pembangunan di Sungai Petani.

BPJ Business Park di Sungai Petani, Kedah dijangka mampu menjadi pusat komersial dinamik di utara semenanjung.

Dibangunkan OSK Property yang berpengalaman sejak 1997, pembangunan komersial yang inovatif itu mampu menyediakan pengunjung yang sedia ada bagi membantu perkembangan perniagaan yang pesat.

Dengan lokasinya yang strategik berserta keluasan tanah 11.16 hektar, projek pegangan bebas ini bakal mentakrifkan semula pembangunan komersial dengan konsep pandu lalu yang inovatif dan kedai pejabat berorientasikan gaya hidup moden.

Projek ini terdiri daripada pejabat kedai fasa satu dan dua yang merangkumi 6.45 hektar, Pasaraya Lotus’s BPJ yang sedia ada seluas 2.26 hektar dan juga tapak pembangunan yang akan datang seluas 2.44 hektar.

Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property Holdings Berhad, Ong Ghee Bin berkata, BPJ Business Park ialah hab perniagaan bersepadu yang direka bentuk dan dibina untuk usahawan yang ingin membawa perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi.

“Pusat Komersial yang terkini di Sungai Petani ini mampu menjadi destinasi pilihan untuk membeli-belah, makanan, perkhidmatan yang memenuhi pelbagai bahagian pelanggan.

“Jangkaan gabungan penyewa tempatan dan antarabangsa di BPJ Business Park akan merangkumi perniagaan daripada peruncitan, makanan dan minuman kepada produk kecantikan, perabot, peralatan rumah, kafe, restoran, farmasi, badan kerajaan dan syarikat utiliti,” katanya.

Menurutnya, antara tarikan utama BPJ Business Park adalah lokasinya yang terletak berhadapan dengan dua jalan utama iaitu Jalan Kuala Ketil dan Jalan Lencongan Timur Sungai Petani.

“Hab komersial ini juga menikmati jarak yang dekat dengan kawasan komersial dan pusat pentadbiran Bandar Sungai Petani, dengan jarak hanya lima kilometer.

LOKASI yang strategik menjadi tumpuan peniaga dan pelanggan.

“Lokasi strategik ini dapat memastikan perniagaan di situ mendapat manfaat daripada aliran pengunjung yang tinggi dan menjadikannya sebagai pusat tumpuan utama untuk aktiviti komersial,” katanya.

Beliau berkata, taman perniagaan itu juga dikelilingi komuniti yang berkembang pesat dengan hampir 200,000 penduduk dari Bandar Puteri Jaya, Bandar Utama dan Bandar Seri Astana.

“BPJ Business Park terletak di kawasan kejiranan matang Bandar Puteri Jaya dan Bandar Seri Astana.

“Sistem pengangkutan awam juga mudah diakses untuk semua di mana kemudahan awam yang diperlukan juga disediakan dalam radius perbandaran lima kilometer untuk ke pelbagai kemudahan seperti hospital, balai polis, pasar, sekolah, pusat perdagangan dan perindustrian.

DIREKA dengan fleksibiliti sebagai keutamaan.

“Selain itu terdapat beberapa pasar raya, pejabat agensi kerajaan dan kedai makanan segera pandu lalu yang terdapat di kawasan sekitar,” katanya.

Mengulas lanjut, Sungai Petani sendiri adalah salah satu bandar yang paling berkembang pesat di Malaysia.

“Bandar ini menikmati akses yang mudah ke bandar berdekatan dan mempunyai perkhidmatan penjagaan kesihatan serta institusi pendidikan yang mantap sehingga menjadi salah satu kawasan yang paling dicari oleh pembeli rumah,” katanya.

Jadi tidak hairanlah mengapa BPJ Business Park mampu menawarkan peluang pelaburan yang menguntungkan kepada pelabur dan pemilik perniagaan yang mempunyai keinginan memiliki sebahagian daripada kawasan tumpuan terkini di Sungai Petani.

MENAWARKAN peluang pelaburan yang menguntungkan.

Katanya, direka dengan fleksibiliti sebagai keutamaan, BPJ Business Park menampilkan 94 unit kedai pejabat dua dan tiga tingkat dengan keluasan tanah dari 20′ x 75′ hingga 100′.

“Kedai pejabat itu juga menawarkan pilihan ruang yang fleksibel, bersesuaian dengan keperluan perniagaan yang pelbagai dengan harga berpatutan bermula dari RM806,455,” katanya.

Tambahnya, pusat komersial baharu itu juga berdekatan dengan Lotus’s BPJ dan Econsave dan menawarkan 828 tempat letak kereta yang luas untuk kemudahan pemilik perniagaan dan pelanggan.

“BPJ Business Park menawarkan kawasan komersial dan ruang kedai pejabat separa berkembar dengan ciri pandu lalu yang unik.

PUSAT komersial yang luas itu direka khas untuk menyediakan satu persekitaran yang kondusif.

“Pusat komersial yang luas itu direka khas untuk menyediakan satu persekitaran yang kondusif di mana urusan perniagaan, kerja dan rekreasi boleh dilakukan di tempat sama,” katanya.

Katanya, sejak dilancarkan pada bulan lalu sambutan yang diberikan sangat menggalakkan terutama dalam kalangan usahawan yang ingin membuka perniagaan mereka di sini.

“Ketika majlis pelancaran, ramai pihak yang menyatakan minat kerana lokasi yang strategik, matang dan memiliki populasi penduduk tinggi yang dapat memberi impak positif terhadap perniagaan mereka.

“Saya menyeru kepada kepada usahawan untuk mengambil kesempatan ini untuk mengembangkan perniagaan anda di sini,” katanya.

Source: Harian Metro