Rubica, permata baharu berorientasikan transit di pusat bandar Butterworth

RUBICA, pembangunan berorientasikan transit baharu di Butterworth, Pulau Pinang.

Oleh HENDRA WINARNO 6 Januari 2025, 8:00 am

PEMBANGUNAN berorientasikan transit (TOD), Rubica oleh OSK Property merupakan sebuah pembangunan moden dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM143 juta menjadi mercu tanda baharu di tengah-tengah pusat bandar Butterworth, Pulau Pinang.

Projek seluas 0.48 hektar itu terdiri daripada 230 unit dengan harga jualan antara RM484,000 hingga RM793,000.

Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property, Ong Ghee Bin berkata, setakat ini, 75 peratus unit telah ditempah, dan sambutan menggalakkan itu mencerminkan permintaan tinggi terhadap pembangunan yang direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden di kawasan bandar.

“Pembangunan ini juga dijangka siap pada hujung tahun 2025 dan Rubica bakal menjadi pilihan utama bagi mereka yang inginkan kediaman moden dan strategik.

“Lokasi Rubica juga amat strategik dimana ia terletak berdekatan dengan stesen LRT PenangSentral yang akan datang. Dengan pelbagai kemudahan di sekeliling projek pembangunanyang mudah diakses oleh penghuni, Rubica dijangka menjadi tumpuan baharu diButterworth,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelasnya, Rubica terletak berhampiran institusi pendidikan, pusat perubatan, pusat beli-belah,dan zon industri seperti Prai Industrial Zone dan Kulim High-Tech Park, serta mempunyai aksesmudah ke lebuh raya utama dan Jambatan Pulau Pinang.

“Rubica turut menawarkan gaya hidup moden dengan pelbagai kemudahan bertaraf tinggidi aras 11, termasuk kawasan BBQ, ruang permainan, kolam renang, kolam hidroterapi,gimnasium, bilik bacaan, dan surau lelaki dan wanita, serta menyediakan dewan serbagunauntuk kegunaan penduduk,” katanya. Beliau berkata, Rubica menampilkan pelan lantai fleksibel dengan keluasan antara 946hingga 1,335 kaki persegi, termasuk konsep sedia untuk dwi-kunci.

“Unit-unit ini direka dengan susun atur praktikal dan luas, menawarkan tiga hingga empatbilik tidur dengan harga yang berpatutan.”

“Penduduk juga akan menikmati pemandangan memukau Selat Melaka, Jambatan PulauPinang, dan panorama bandar. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melawat GaleriJualan Harbour Place atau layari laman web rasmi kami,” katanya. – UTUSAN

Source: Utusan Malaysia